Tuesday, November 10, 2009

more..more

Setiap hal yang kitafikirkan mungkin semua itu hanyalah angan-angan kosong yang mungkin akan membuat kita mengalah pada keadaan.Kita tahu bahawa setiap hari tanpa kita sedari,ada sesuautu yang perlu kita fokuskan.Segala perkara dapat ku tanggung di dalam Dia yang menguatkanku.

Adakalanya kita harus melupakan apa yang kita perbuat kerana ia hanya sia-sia.Rancangan kita bukan kita yang tentukan namun Dia yang berkuasa.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana setiap cabaran dan rintangan yang terjadi didalam hidup saya selalu mengajar saya agar sentiasa rendah hati dan tetap bersabar kerana janji Tuhan Yesus sangat tepat pada waktunya.Segalanya ada waktu yang perlu kita manfaatkan.Janganlah bersungut-sungut tetapi tetap berdoa dan bersabar. setiap tangisan tidak akan sia-sia jika kita terus berseru kepada Tuhan Yesus.Kita adalah ciptaan-Nya dan kita akan kembali kepada Dia.Jangan bersungut-sungut dengan apa yang kita hadapi kerana semua itu akan menjadikan kita lebih kuar untuk menempuh cabaran yang lebih besar lagi.Berpalinglah kepada Dia dan kuatkan hati kerana kerjaaan Syurga sudah semakin dekat. Marilah kita saling mengasihi,menasihati,mendorong dan meyokong antara satu sama lain.Jangan cepat mengalah pada keadaa dan saya teringat pada kata-kata teman saya,"jangan biarkan keadaan mengawal kita tetapi kitalah yang harus mengawal keadaan".

No comments:

Post a Comment